Dah besar pun masih makan bersuap, gelagat Pak Azad buat warganet terhibur

Ramai yang tahu apabila seorang lelaki dipanggil “Anak mak” itu merupakan anak kesayangan ibu yang dikatakan manja dan yang paling ketara adalah anak mak ini suka bermanja dengan ibunya dan berkepit dengan ibunya sahaja. Begitulah juga dengan Pak Azad, iaitu suami kepada Eira Syazira. Beliau merupakan pelawak yang memang terkenal dengan lawaknya yang bersahaja dan juga seorang suami yang sangat baik kepada pelakon Eira Syazira.

Sebuah rakaman video telah dimuatnaik di aplikasi instagram bersama ibu mertuanya di meja makan sedang menyuapkan makanan kepada Pak Azad. Sungguh mesra ikatan kasih sayang antara pak Azad dengan ibunya. Klik sini untuk lihat vidio.

Menurut ibu mertuanya, pak azad ini memang lebih manja dari adik beradik yang lain dan memang sudah selalu disuapkan. Dalam rakaman itu juga pak azad bergurau dengan ibunya yang tangan ibunya itu macam penumpuk apabila  menyuap makanan yang banyak ke dalam mulutnya. Tetapi apabila diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet tergelak dengan lawak kemesraan pak azad dengan ibunya sambil menyuap makanan itu. Patutlah murah rezeki pak azad, rupanya selalu bahagiakan ibunya.

Kredit Sinar Viral.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version