Penampilan isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea ketika menghadiri konsert kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini mendapat teguran segelintir warganet. Menerusi satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 21 tahun itu berkongsi momen manis menonton konsert tersebut bersama suaminya dengan mengenakan t-shirt, skirt panjang dan selendang serba hitam. “Born pink together,” tulisnya ringkas. Walau bagaimanapun, gaya hijab dipakai Anis dilihat kurang sempurna kerana mendedahkan sedikit pada bahagian leher selain cuping telinga sekali gus mengundang teguran pengikutnya.
Rata-rata berharap Anis yang juga ahli perniagaan menjaga aurat apabila mahu bergambar kerana bimbang sekiranya akan berasa selesa dengan penampilan sebegitu.
Namun, tidak kurang ada juga individu memuji kemanisan serta kecomelan pasangan tersebut apatah lagi Haqiem yang sanggup menemani isterinya sebagai peminat Blackpink. Terdahulu, ketika Haqiem belum mendirikan rumah tangga, tindakannya menutup aurat peminat wanita di media sosial sering meraih pujian sehingga ramai menyifatkan bakal isterinya pasti bertuah memiliki lelaki seperti penyanyi berkenaan.
Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.