Sophia Albarakbah dedah lebih minta dengan lagu lama, rupanya ini sebab yang buatkan dia minat

Kali ini di segmen Lagu XTRA kita bawakan pelakon Sophia Albarakbah yang berkongsi lagu kegemarannya buat masa ini. Menurut Sophia, lagu yang sering dimainkan adalah OST daripada filem Imaginur yang berjudul Hasrat oleh Amir Jahari. Saya suka dengar lagu Hasrat, OST untuk Imaginur sebab pertama kali saya dengar terus rasa a certain emotion watching that movie tambah lagi dengan lagu tu buatkan saya rasa sedih. Lagu tu yang selalu saya ulang dekat Spotify,” ujarnya. Selain itu, dia lebih menyukai lagu-lagu lama kerana lirik yang mendalam membuatkan sesebuah lagu itu lebih bermakna.

Saya lebih suka lagu lama sebenarnya masa zaman-zaman sekolah, zaman ibu bapa saya sebab pada saya lirik lagu lama lebih bermakna. Kalau zaman sekarang banyak trend yang buat lagu catchy tapi not much on the meaning. The beat is catchy dekat otak tapi meaning tak banyak sangat. Kalau lagu lama you can get the meaning sebab saya jenis yang dengar lagu sambil hayati lirik satu persatu.Pada masa Sophia turut berkongsi lagu-lagu kegemarannya adalah daripada kumpulan-kumpulan negara seberang Indonesia iaitu Ungu, Samsons, Sheila On 7 dan sebagainya. Saya banyak dengar lagu Indonesian yang galau-galau macam Ungu, Samsons, Sheila On 7 tu semua,” kongsinya.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version