Tengah hangat isu pasal Kamal Adli, terkini Ahmad Idham nak kan penjelasan dari Menteri KKD

Kejadian yang menimpa pelakon Kamal Adli sehingga mengalami cdra teruk baru-baru ini turut menyorot perhatian pengarah dan pelakon Ahmad Idham. Menerusi hantaran di Instagram, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 49, bertanyakan kepada pihak kerajaan sama ada sudah memgambil sebarang tindakan mengenai isu tersebut ataupun tidak. Malah tegasnya, dia memohon penjelasan segera daripada pihak yang berwajib. “Anak Malaysia yang juga pelakon tanah air di srng di luar negara. Hingga saat kini tiada sebarang kenyataan ke daripada Menteri KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia)

“Apa usaha kerajaan dalam menangani kes sebegini. Ada ke sebarang usaha daripada Kedutaan kita di sana (Singapura) membantu Kamal Adli. Mohon penjelasan segera, terima kasih,” katanya.Dalam pada itu, menerusi ruangan kapsyen pula, Idham berkata dengan adanya kenyataan rasmi daripada pihak bertanggungjawab hal itu dapat mengelakkan daripada sebarang salah faham. “Mohon kenyataan rasmi daripada Kerajaan untuk isu ini agar tiada sebarang salah anggap atau manipulasi fakta oleh pihak bertanggungjawab.

“Ini isu keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Mana Menteri berwajib? Justice to Kamal Adli,” tulisnya pada kapsyen. Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecdrn teruk selepas disrng oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri acara di Singapura pada malam Ahad. Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini menggt untuk membnh Kamal. Kamal kini sedang dirawat dan dikawal oleh pihak polis selepas selamat menjalani operasi. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version