Jep tampil menjelaskan bahawa hubungan persahabatannya dengan Shuib masih lagi kekal dan tiada masalah

Pelawak Jep tampil menjelaskan bahawa hubungan persahabatannya bersama Shuib masih lagi kekal dan tiada masalah. Terdahulu, Jep telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan penglibatan Shuib menerusi sebuah program terbitan stesen televisyen berbayar yang pernah dikendalikan oleh mereka bersama. Dalam perkongsian tersebut, Jep hanya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku demi mengelakkan fitnah atau salah faham dalam kalangan peminat rancangan tersebut. Namun, tular sebuah video di  TikTok Jep menjelaskan bahawa dia masih sayangkan persahabatannya bersama Shuib biarpun sudah tidak bekerjasama lagi.

Perkongsian tersebut telah dibuat selepas pelawak itu disoal oleh salah seorang peminatnya ketika live. Mestilah sayang. Saya sayang kawan-kawan saya. Yang saya ceritakan tu saya jelaskan keadaan je. Tak adalah bila macam tu kita tak kawan ke musuh. Dalam penulisan tu saya tak ada pun sentuh apa-apa saya cuma jelaskan itu kenyataannya. Kalau nak tanya sayang ke tak, mesti sayang kawan-kawan kan. Selain itu, suami kepada pelakon Sari Yanti itu turut menyatakan sebenarnya sebelum ini dia yang membawa haluannya sendiri daripada terus terlibat dalam kumpulan Sepah. Sedikit imbasan, Sepah merupakan kumpulan komedi yang terdiri daripada Jep, Shuib dan Mamat yang menyebabkan nama mereka terus meningkat naik sehingga kini.

Shuib ke Mamat ke itu semua memang kawan-kawan saya daripada kampung. Dalam Sepah tu sebenarnya saya yang keluar sebenarnya. Cuma ada yang cakap Mamat yang keluar dari Sepah sedangkan dia masih lagi bawa nama tu. Sebab tu bila saya keluar saya tak bawa nama tu. Jadi, tiada sesiapa buang sesiapa. Tapi dalam kehidupan ni, kita ada kawan yang kita selesa untuk berkawan dan ada yang kita selesa untuk bekerja. Persahabatan kami memang macam tu sahaja tak berubah apa-apa pun,” jelasnya. Jep juga sempat menyatakan dia tetap sayangkan persahabatannya bersama Shuib setelah mengharungi pelbagai liku kehidupan bersama sepanjang bergelar anak seni.

Berbalik pada soalan tu, mestilah saya sayang Shuib. Dia di antara orang yang menemani perjalanan seni saya. Tapi haritu saya cerita keadaan sebenar supaya tak tergantung, jadi fitnah, ada andaian yang bukan-bukan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version