Saya masih single. Saya dah sampai ke tahap yang tidak mencari dan tidak menanti. Cuma keadaan mungkin akan ada berlakunya satu perhubungan jika ada magis daripada Allah. Doakan jodoh saya dan Janna sebagai sahabat yang baik. Sebab saya memang menghargai dia dan dia memahami saya. Demikian penjelasan pelakon Nazim Othman, 38, mengenai gosip tular yang mendakwa dirinya kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama aktres Janna Nick. Kata Nazim, dia dan Janna hanya berkawan rapat dan tidak lebih daripada itu. Malah jelasnya mereka sangat selesa setiap kali bertemu.
Memang tak lah. Bukan gimik atau sebagainya, kerana kami berdua memang rapat dan baik. Kami selesa bila berjumpa sesama sendiri. Dalam berkawan ada beberapa jenis, ada yang kena jumpa banyak kali baru rapat, ada yang cepat. Macam saya dengan Janna, kami jujur dengan diri sendiri, berkongsi rasa, kongsi nasihat sesama sendiri, keluar bersama secara semula jadi dan tanpa dirancang,” kata Nazim. Tegasnya, dia turut terinspirasi dengan kualiti yang ada pada rakan industrinya itu. Biarpun berdepan pelbagai dugaan dan cabaran, Janna tetap tabah.
Apa yang boleh saya rangkumkan adalah Janna seorang yang sangat baik hati. Malah, dia juga seorang yang tabah dan kuat biar apa pun dugaan yang menimpanya. Biarpun jauh lebih muda, namun beberapa kualiti yang ada pada dia buat saya terinspirasi dan saya juga begitu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.