Dia punya senyum buat orang cair, sifat ramah Remy Ishak jadi perhatian warganet

Terdahulu, nama pelakon kacak berkulit hitam manis Remy Ishak hangat menjadi bualan ramai apabila sifatnya yang peramah tidak berkira membantu pasangan pelancong di Tasik Cermin mengambil gambar. Sudahlah terkenal, rendah diri pula dengan orang ramai membuatkan peminat mahupun sebaliknya kagum dan terharu melihat Remy. Beberapa hari lepas, tular lagi satu rakaman di TikTok memaparkan seorang peminatnya @byran.my, ‘cair’ selepas terserempak dengan hero Malaya kegemaran ramai itu. Menerusi video yang dikongsi, wanita berkenaan berada di dalam kereta, kebetulan memarkir kereta berdekatan kenderaan pelakon itu. Klik sini untuk lihat video.

Dia yang teruja melihat Remy di depan mata terus melambai kepada aktor tersebut. Lebih mengujakan, lambaiannya dibalas dengan senyuman. “Terkejut kita tiba-tiba ‘kanda’ depan mata,” tulis wanita berkenaan di ruangan kapsyen. Setakat artikel ini ditulis, video tular itu berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 357.3 ribu serta mendapat 7286 tanda suka.Ketika meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan respons senang melihat artis yang mesra dengan peminat dan sporting seperti Remy.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version