Cristiano Ronaldo memecahkan rekod penampilan antarabangsa pemain lelaki terbanyak dan meraikan peristiwa itu dengan menjaringkan dua gol ketika Portugal membelasah Liechtenstein 4-0 dalam kelayakan Euro 2024. Pemain berusia 38 tahun itu, yang diketepikan dalam kesebelasan utama ketika Piala Dunia di Qatar tahun lalu, meraih penampilan ke 197 untuk negaranya di Lisbon selepas disenaraikan untuk memulakan aksi.
Dia menjaringkan gol pada minit ke-51 menerusi penalti selepas dua gol awal dari Joao Cancelo dan Bernardo Silva, sebelum menyudahkan sepakan percuma 12 minit kemudian. Ia membolehkan Ronaldo melebarkan rekod jaringan 120 gol buat negaranya dan menjadi pemain pertama dapat meledak 100 kali dalam saingan antarabangsa kompetitif. Mencipta rekod adalah motivasi buat saya,” kata Ronaldo kepada wartawan. Saya mahu menjadi pemain paling banyak beraksi dalam sejarah. Itu akan membuatkan saya bangga.
Bagaimanapun, ia tidak akan terhenti di sini sahaja, saya sentiasa mahu disenaraikan dengan kerap. Ronaldo melakukan penampilan antarabangsa pertama pada 2003 dan menjadi pemain pertama dapat menjaringkan gol dalam lima Piala Dunia tahun lalu sebelum Portugal kalah kepada Maghribi di suku akhir. Dia sekarang ini beraksi dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr selepas memutuskan hubungan buat kali kedua dengan Manchester United. Penampilan Ronaldo sebagai pemain gantian ketika tumpas kepada Maghribi menyamai rekod 196 kali yang dipegang pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.