Muat naik video barau, ramai yang kagum dengan hubungan baik antara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila

Sebuah hantaran di media sosial pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi tumpuan warga maya apabila warganet melvahkan rasa kagum dengan hubungan baik antara aktor itu bersama bekas isteri, Noor Nabila dalam video promosi satu produk makanan, baru-baru ini. Ini kerana kedua-duanya dilihat masih mengekalkan hubungan yang sihat terutamanya berkaitan dengan kebajikan anak mereka, Jebat Jayden meskipun sudah lama terpisah. Ia sekaligus membuatkan warganet memuji sikap Sharnaaz yang masih bertanggungjawab menguruskan anaknya itu meskipun Jebat kini tinggal bersama Noor Nabila. Dalam video yang menjadi bualan warganet itu, Sharnaaz dan Nabila dirakam sedang memasak bersama-sama Jebat Jayden. Klik sini untuk tengok video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Sharnaaz dan bekas isterinya itu kembali bersama dan menjadi ibu bapa yang baik buat Jebat. Namun begitu, status rumah tangga Noor Nabila dan suami, Engku Emran masih menjadi tanda tanya kerana muncul spekulasi yang mendakwa mereka kini di ambang perpisahan. Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version