Baru buka perniagaan nasi ayam, Shiha Zikir sedia berdepan cabaran dalam perniagaan baru

Penyanyi Shiha Zikir, 36, sentiasa bersedia berdepan cabaran dalam perniagaan diceburinya termasuk kes pecah amnah yang boleh berlaku di luar jangkaan. Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, kes begitu mungkin boleh berlaku apabila ada pihak dalam sesebuah syarikat kabur hanya kerana wang. Kes begitu adalah di luar jangkaan kita dan saya pun risau juga. Walaupun setakat ini belum pernah menimpa diri sendiri serta perniagaan saya, tapi mesti kena waspada juga. Minta dijauhkanlah sebab manusia ramai yang boleh buta apabila membabitkan duit. Dari situlah boleh tercetusnya kes pecah amanah atau isu lain,” katanya.

Baru membuka perniagaan kedai nasi ayam, pemilik syarikat Shiha Zikir Empire ini percaya kepercayaan dan toleransi juga sangat penting bersama rakan perniagaan. Saya sentiasa menitikberatkan kerjasama yang telus dengan rakan perniagaan. Paling penting, kata sepakat yang terbaik harus dicapai untuk memastikan hala tuju adalah selari. Jika ia tersasar dan saya mula rasa berlaku perbezaan hala tuju, lebih baik saya ‘angkat kali’ dulu. Saya lebih suka berundur dengan cara baik dan enggan mengeruhkan keadaan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version