Lebih selesa pakai baju kelawar, suami luah isteri siap tambah koleksi baju kelawar sebab suami suka pakai

BAJU kelawar amat sinonim dengan kaum wanita dan mungkin menjadi pakaian paling digemari apabila berada di rumah. Mana tidaknya, tekstur kainnya nipis dan lembut, longgar serta mudah dipakai akan membuatkan si pemakai selesa dan tidak panas. Nampaknya kini kaum lelaki juga sudah mula ‘terpikat’ dengan pakaian yang cukup selesa ini. Nurulhusna Abdullah, 32, berkongsi video menunjukkan gelagat suaminya, Muhammad Ridzuan Ishak, 31, yang memakai baju kelawar ketika dia pergi dan pulang dari tempat kerja.

Ketika dihubungi, Ridzuan menceritakan kisah di sebalik video tular itu yang mana baju tersebut pada asalnya milik si isteri namun kini sudah menjadi hak bersama. “Sejak work from home (WFH) semasa PKP, saya banyak luang masa bersama isteri di rumah. Macam-macam perangai bukan-bukan terjadi. “Pada mulanya saya hanya pakai kain batik isteri, lama-kelamaan beralih pakai baju kelawar. Saya rasa bahagia setiap kali memakainya dan jadi ketagih. “Semua baju tu isteri punya tapi sekarang hak milik bersama,” selorohnya yang sudah berumah tangga selama lebih empat tahun. Dia yang bekerja sebagai pengurus majlis dan penghantaran istimewa berkata, kebiasaannya kerja-kerja membuat bungkusan dan hiasan dilakukan pada waktu malam. Klik sini untuk lihat video.

Justeru, tidak hairanlah mengapa dia banyak menghabiskan waktu setiap hari dengan memakai baju kelawar ketika bekerja. “Kerja saya kebiasaannya dibuat di rumah bermula tengah malam hingga ke pagi. Kebanyakan masa di luar banyak di tempat event atau atas jalan raya membuat penghantaran surprise ke rumah pelanggan. Jadi masa ‘berkelawar’ adalah tengah malam hingga ke pagi. “Saya pakai dalam rumah saja sebab segan. Ada juga sesekali terserempak dengan jiran tetangga. Kalau sempat, saya lari masuk rumah. Ada masa tak sempat, kita beri senyuman saja.

“Tetapi sebelah pagi jika saya buat live di platform TikTok, kadangkala saya pakai saja, ada juga pengikut suka tengok berkelawar. Bagi mereka, satu keunikan Huridz Surprise Planner ‘memperagakan’ baju kelawar masa buat bouquet,” imbasnya lagi. Bercerita lanjut mengenai baju kelawar dipakai, pasangan yang menetap di Merlimau, Melaka ini bergilir-gilir menukar baju tersebut kerana memiliki ukuran badan bersaiz sama. Bukan itu sahaja, isterinya yang bekerja dengan syarikat swasta di Merlimau juga terpaksa menambah koleksi baju kelawar di dalam almari kerana berkongsi minat yang sama.

“Baju kelawar saya pakai tak ada corak bunga sangat. Memang selesa, senang disarung dan senang singkap (selak). Selain itu, sama saiz pula tu dengan isteri, memang ngam.“Isteri pun gembira tengok suami pakai baju kelawar, she likes me being myself. Siap belikan beberapa baju kelawar tanpa corak bunga untuk saya. Kami siap tambah koleksi lagi untuk penuhkan almari. “Kadang-kadang isteri pergi kerja pun pakai baju kelawar dengan harapan tak ada halangan di tengah jalan sebab dalam kereta tak ada orang nampak,” katanya lagi.

“Tak sangka pula video tu viral. Asalkan video itu tidak menampak kan aurat saya, tiada masalah.” Mengulas lanjut mengenai video tular, Ridzuan dan pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata ini, tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga meraih lebih 1.4 juta tontonan.Bagaimanapun, setelah melihat komen warga maya yang menonton video tersebut membuatkan pasangan ini terharu dan bersyukur atas doa dan pujian diberikan. “Isteri memang suka rakam banyak momen untuk kenangan. Bukan setakat pergi kerja saja. Tiba masa dia rasa nak post, dia upload. Sebab tu boleh nampak dalam video tu, dari tak ada misai, sampai bermisai. Dia simpan lama dah video tu. Tak sangka pula video tu viral. Asalkan video itu tidak menampakkan aurat saya, tiada masalah.

“Saya bersyukur ramai yang mendoakan moga bahagia sentiasa dan dimurahkan rezeki. Ada juga komen yang cakap kami ni memalukan diri sendiri semata-mata untuk content, tapi sebenarnya kami cuma jadi diri kami sendiri. “Ada yang merendahkan sebab nampak macam suami duduk rumah tak buat apa. Sedangkan saya sebenarnya dah berhenti kerja sebagai Senior Engineer di Semiconductor Industry. Saya fokus pada minat 100 peratus. Lagipun apa nak dikejarkan. Ada duit sikit-sikit jadilah. Asalkan bahagia,” ujarnya lagi.

Sumber, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version