Penyanyi Sufian Suhaimi mendedahkan dia kini sedang mengenal hati budi seseorang wanita ketika disoal mengenai status terkini penyanyi muda tersebut. Berkongsi kepada XTRA, Sufian mengakui dia sedang menjalin cinta bersama seorang gadis. Kehidupan sekarang semakin ‘balance’, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk peribadi, kerjaya serta anak juga. Saya sedang mengenali hati budi seseorang dan apa yang boleh saya kongsikan dia adalah orang biasa bukan daripada kalangan selebriti. Kami kenal tahun lepas.
Dia seorang pelajar, asal pun dari Selangor juga. Tetapi sebenarnya saya kalau boleh tak ingin kongsikan sangat mengenai dia,” kongsinya ketika ditemui pada majlis media gathering lagu Budi di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, pada Rabu. Tambahnya, dia taidak mahu bercerita lebih mengenai soal peribadi sebaliknya hanya mahu fokus kepada kerjaya sahaja. Saya tak mahu sangat bercerita mengenai dia, Ini kerana fokus saya dan apa yang ingin di ketengahkan ketika ini adalah kerjaya seni saya. Bukan memilih untuk berahsia daripada mana-mana pihak, cumanya tak mahu ia menjadi tajuk utama tentang saya.
Ada benda yang saya buat untuk pendengar-pendengar saya. Lebih baik orang mengenali saya dengan karya-karya terbaharu saya. Lagu, lakonan dan sebagainya yang terkini tentang saya. Dalam pada itu, disoal mengenai perancangan terdekat, pelantun lagu Terakhir ini memberitahu dia akan mengeluarkan beberapa single pada tahun ini. Saya juga ada beberapa lagu yang dah dirakam..ada lagu raya, balada, cuma masa sekarang belum sesuai lagi untuk saya keluarkan lagu tersebut. Saya rasa akan keluarkan selepas raya, Insya-Allah,” kongsinya ringkas.
Lagu Budi boleh didengari di semua platform digital muzik dan video muzik Budi kini telah mencecah 1,000,000 tontonan sejak ia dimuat naik. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.