Serahkan soal cahaya mata pada Allah, Syifa Melvin akui bahagian jadi peneman suami dekat Bangkok

Pelakon dan selebriti media sosial, Syifa Melvin menyerahkan soal cahaya mata kepada Allah SWT selepas empat bulan mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid. Menurut laporan Harian Metro, dia yang juga usahawan berusia 29 tahun itu hanya mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai untuk kehidupan rumah tangga dilaluinya. “Siapa kahwin tak mahu anak kan? Insya-Allah ada rezeki, adalah. Doakan yang baik-baik. Banyak perubahan selepas berkahwin.

“Tanggungjawab pun bertambah serta berat badan saya pun makin bertambah sebab bahagia kot,” kata adik kepada pelakon, Syatilla Melvin itu. Syifa kini menetap di Bangkok, Thailand bagi menemani suaminya yang bermain bagi kelab Ratcaburi FC buat sementara waktu sejak Disember lalu. Pelakon telefilem Derita Pia itu berkata, kehidupan di negara orang membuatkan dirinya dapat memberi fokus dan memikul tanggungjawab sebagai isteri sepenuh masa. “Kehidupan di Bangkok okay sebab saya dengan suami saja. Memang 100 peratus saya beri perhatian pada dia saja. Di sana memang saya betul-betul jadi suri rumah sepenuh masa.

“Tempat kami duduk itu pun susah nak cari makanan halal, jadi memang setiap hari saya akan memasak dan saya okay saja sebab gemar memasak,” ujarnya. Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga di sebuah hotel ternama di Petaling Jaya, Selangor pada 28 November tahun lalu. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Bengang dengan sikap orang yang suka mengata, sekali Syifa Melvin sound setepek. Perkongsian terbaharu pempengaruh media sosial, Syifa Melvin di Instagram Stories miliknya telah menarik perhatian apabila dia seakan meluahkan sesuatu mengenai sikap seseorang yang mengutuk orang lain. Menerusi hantaran tersebut, Syifa yang juga isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rashid berkata biarlah memiliki rupa paras yang biasa namun jangan ada sikap suka mengutuk orang lain. “Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar tak berduit, tapi jangan suka mengutuk orang tak tentu hala. “Macam lah orang tu buat salah besar dekat awak, yang asyik kutuk-kutuk tu kita tak kenal dia dan dia tak kenal kita,” katanya.

Pun begitu, kepada siapa perkongsian tersebut ditujukan tidak dinyatakan Syifa. Dalam pada itu, Syifa turut mengingatkan orang ramai agar menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan dengan sebaiknya selain tidak mengamalkan sikap terkutuk itu. Kita yang lain ini yang Allah kurniakan akak fikiran yang waras, yang masih boleh berfikir, masih punya hati yang baik jangan duk mengata orang ok. “Orang kita kutuk tu tak rasa pun, kita je yang panas baran tak semena mena. Semoga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” tambahnya.

Sumber, gempak.

Exit mobile version