Akui diri tak sempurna, terkini bekas isteri Hafidz Roshdi nekad tak nak berpaling ke belakang dah

Di Instagram, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia nekad untuk melangkah ke hadapan meskipun diuji dengan pelbagai dugaan sejak belakangan ini. Menurut Shu, dia mahu meneruskan perjalanan dalam kehidupan tanpa mempunyai rasa dendam di dalam hati. Tambah Shu, dia mengambil keputusan tersebut demi anak-anak dan keluarganya. “Shu nekad nak melangkah ke depan tanpa berpaling lagi ke belakang. Biar Shu teruskan perjalanan tanpa ada perasaan dendam. Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah, Umar serta kedua ibu bapa Shu.”

Ujar Shu lagi, dia sedar bahawa dirinya tidak sempurna. “Shu sedar yang diri ini tidak sempurna. Tapi Shu nekad demi anak-anak Shu untuk mencari kesenangan buat mereka. Terdahulu, Shu sudah mula mempersiapkan diri untuk berdikari dan memulakan perniagaan atas talian miliknya dengan nama ‘Satu Tak Cukup’. Tambah Shu, dia tidak boleh bergantung hidup pada pihak berkenaan. “Shu pilih untuk bina sumber pendapatan Shu sendiri tanpa bergantung pada pihak yang berkenaan. Azam ini bukan azam sementara tapi azam mutlak! Sumber: Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pertama kali jumpa dengan Shuhada, sekali ini pula nasihat Aliff Syukri pasal rumahtangga. TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menerima pelbagai reaksi warganet. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, usahawan berkenaan dilihat memberi nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu. Malah Shuhada juga seakan berkongsi saat susah senang semasa awal perkahwinan dia bersama pelakon berusia 29 tahun itu. “Cuba fikirkan saat-saat Shu tengah mesra dengan dia mungkin ini dugaan. Saya tak nak cakap siapa dia, saya pun ada buat salah juga. Awak sebagai perempuan ini bagi peluang pada dia. Klik sini untuk lihat video.

“Saya yakin dalam kehidupan rumah tangga ini salah seorang kena mengalah, saya tak pasti atas mata awak apa punca tapi mungkin dia tak sengaja. Kita sebagai lelaki ini kalau boleh jangan kasari isteri, anggap isteri itu seperti ibu kita. Sayangi isteri seperti dia adalah bidadari hidup kita,” katanya. Aliff juga memberitahu air muka Shuhada seakan menyimpan sesuatu dan dia cuba untuk memahami perasaan wanita itu sekali gus berharap berpeluang menyelamatkan rumah tangga mereka. Riak wajah dia nampak sedih dan memendam, saya cuba menyelami apa beliau rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu wanita itu untuk meneruskan hidup kelak. “Saya juga tahu Shu berusaha demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya AS Hijab. Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpesan kepada usahawan berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Malah mereka juga berpendapat rumah tangga Shuhada tidak boleh diselamatkan dan berharap agar wanita itu tidak kembali semula ke suaminya.

“Datuk jangan pisang berbuah dua kali macam kes Dayah itu. “Situasi Shu ini tidak boleh diselamatkan lagi, luka di muka tinggalkan kesan yang teruk inikan pula luka hati. “Nasihat datuk itu dah betul tapi jangan suruh dia balik semula pada lelaki yang dah lukakan dia,” antara komen warganet. Sumber: Mstar.

Exit mobile version