Nuha Bahrin dan Naufal Azrin tampil dengan single kedua berkonsep zikir berjudul Iktiraf sempena Ramadan

Selepas lagu Casablanca yang mencetus fenomena tersendiri kini penyanyi muda Nuha Bahrin dan Naufal Azrin tampil dengan single kedua berkonsep zikir berjudul Iktiraf sempena Ramadan. Casablanca yang mencipta sejarah dalam industri seni tempatan serta mendapat tempat di negara jiran turut mencatat 27 juta tontonan di Youtube. Lagu ciptaan Daqmie manakala lirik oleh Abdul Karim Al Ali dilancarkan kira-kira pertengahan tahun lalu mencipta sejarah sebagai lagu tempatan pertama menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia. Begitupun ledakan lagu Casablanca sejak dilancarkan seakan terhenti seketika sehingga ada melabelkan mereka sebagai artis ‘one-hit wonder’.

Nuha, 23, atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin mengakui bersyukur dan bertuah dengan penerimaan peminat muzik dengan karya nyanyian mereka dan menganggap ia sebagai rezeki. Ini adalah rezeki dan saya tahu ia bukan mudah untuk memperoleh sesuatu yang sama seperti single sulung kami. Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada, tak ada lah. Kami akan terus berusaha dalam berkarya dalam bidang ini,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa, di sini, baru-baru ini.

Menurut Nuha, dia tidak akan memberi tekanan buat dirinya dan sedar jangkaan tinggi masyarakat. Saya agak takut, tetapi saya tidak akan mendesak ia untuk tular,” kata Nuha yang pernah dikritik kerana gagal menyanyi dengan baik dalam persembahan secara langsung. Tambah Nuha, apa yang dilakukan sekarang adalah dengan seikhlas hati dan menerima kritikan yang dilontarkan daripada peminat dengan berlapang dada. Saya sedar masih dalam proses pembelajaran dan banyak lagi teknik yang perlu tingkatkan. Kalau ada kritikan yang boleh membantu untuk menjadi lebih baik, saya akan terima.

Kredit cari. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version