Pelakon lagend, Faizal Hussien membuat satu pendedahan di mana akaun media sosialnya iaitu, Tiktok dipegang dan diuruskan sepenuhnya anak lelakinya. Memetik dari laporan Gempak, pelakon utama filem ‘Azura’ mengatakan bahawa menyedari banyak syarikat meletakkan syarat untuk mempunyai platform itu, semua perkongsian di TikTok merupakan hasil penyuntingan anaknya. “Saya memang ada akaun TikTok pun. Sebagai seorang pelakon, sekarang ini mesti kena beberapa platform sosial media. Macam dalam kontrak, ada syarikat yang nak kita promosi menerusi TikTok.
“Sebenarnya anak saya yang menguruskan akaun TikTok saya. Dia tak beri saya post sendiri. Apa yang video dikeluarkan di TikTok saya itu, semuanya hasil daripada dia. “Tapi bila budak umur belasan tahun, yang memang era dia, jadi dia ini lagi pro daripada bapa. Jadi, saya ikut sahaja sebab ada view video yang dia edit pun capai 1 juta. “Kalau mama dia tergodek-godek ke, dia marah mama dia. Jadi, memang dia yang jaga sebab agaknya dia tak nak nampak bapa dia bdh dekat TikTok la,” katanya.
Filem arahan pengarah hebat Meor Hashim Manap yang sudah mula ditayangkan di pawagam itu turut diterajui oleh Datuk M Nasir dan Vanidah Imran. Sumber, Keluarga. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.