“Aku jumpa kau di mahkamah.” Itu ‘pesanan’ oleh pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Farid Kamil yang mendakwa lelaki terbabit pernah mengasari seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil. ‘Diana’ yang dinyatakan dalam Insta Story Farid Kamil itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle. Pelakon utama Lagenda Budak Setan itu membuat kenyataan tersebut sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipkl oleh suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.
Syamsul dan Diana Danielle pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan terbabit putus di tengah pada penghujung 2008. Diana kemudian bercinta dengan Farid Kamil sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.Pada Disember 2022, melalui podcast Studio Sembang kendalian pelakon Amelia Henderson, pelakon wanita itu mendedahkan pernah menjadi sasaran pkl bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya sebelum bercinta dengan Farid Kamil. “Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” ujar Syamsul.
Terdahulu, Syamsul menjelaskan, beliau tidak lagi aktif di media sosial namun mengetahui isu-isu yang diperkatakan mengenainya apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain. Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekrang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gdh tetapi ini ujian la,” jelasnya. Syamsul membuat kenyataan tersebut ketika ditanya media selepas beliau memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.
Sumber: Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.