Suami Elizad beri ucapan sempena Hari Wanita, tapi bila dia cakap pasal zuriat buat ramai yang sebak

Pelakon, pengacara dan penyampai radio Sinar, Siti Elizad tidak asing lagi apabila diajukan soalan tentang zuriat. Namun, ucapan suaminya sempena Hari Wanita Sedunia membuatkan dirinya tidak mampu menahan sebak yang dirasai. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, suami kepada Elizad atau nama penuhnya Siti Elizad Sharifuddin membuat panggilan telefon di sebuah stesen radio. Hal tersebut meraih perhatian warganet apabila Elizad dilihat tidak dapat menahan sebak dengan ucapan yang menyentuh soal zuriat yang diberikan oleh suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman. Klik sini untuk lihat video.

“Sempena Hari Wanita hari ini, saya ingin mengucapkan kepada isteri saya, wanita yang terhebat. Terima kasih mencintai saya, menjadi isteri yang baik, menghormati dan memahami saya dan yang paling penting menghormati kedua ibu bapa saya. Walaupun kita belum ada zuriat lagi, tapi tidak mengapa sayang. Mari kita tua bersama, teruskan mencuba dan saya akan terus mencintai awak, Elizad Sharifuddin.” Dalam video itu, Elizad tidak menyangka panggilan itu daripada suaminya. Penyampai radio Sinar itu meluahkan rasa syukur dengan berterima kasih kerana selalu sabar dengan ujian yang diberikan. Apabila ditanya tentang satu lagu yang ingin ditujukan buat suaminya, Siti Elizad memilih ‘Dirimu Satu’ daripada kumpulan penyanyi Indonesia, Ungu.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet memuji sikap Shamsul Baharin yang melayani isterinya dengan baik. Selain itu, terdapat juga doa yang ditinggalkan buat pasangan itu untuk sentiasa tabah menghadapi ujian yang ditakdirkan. Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version