Umum mengetahui, pelakon Mawar Rashid telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada 21 Januari 2023 dan menamakan cahaya matanya bersama suami, Raf Yaakob sebagai Raden Sri Riyanna Sayang. Terkini, Mawar dilihat berkongsi wajah serta mengumumkan nama terkini bayi ketiganya kerana mahukan ‘rose’ untuk semua anak perempuannya. “Raden Seri Roseanna Camilya. Yes tukar nama sebab nak anak-anak perempuan semua ada ‘rose’. Doakan baby Lya jadi anak solehah ya semua. Amin.”-tulis Mawar Rashid di Instagram. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat menitipkan doa buat Raden Seri Roseanna Camilya agar membesar menjadi anak solehah serta membesar dengan sihat.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf Yaakob, adik kepada cef selebriti Datuk Fazley Yaakob pada November 2017. Pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Rafael, 4, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia dua tahun. Selain itu, Mawa Rashid juga memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil perkahwinan Raf terdahulu. Sumber: Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.