Yazmin Aziz luah rasa teruja bila kekasih menunjukkan minat kepada budaya melayu dan agama Islam

Penyanyi, Yazmin Aziz berkongsi rasa teruja mengenai kekasih baharunya, Austin Veloso, yang menunjukkan minat kepada budaya Melayu dan agama Islam. Yazmin, 22, berkata, walaupun kekasihnya yang juga pemain bola keranjang itu bukan beragama Islam, dia sering ingin belajar mengenai Islam contohnya, sambutan Ramadan dan Aidilfitri. Kekasih saya bukan orang Islam, tapi, dia sangat menghormati agama Islam. Saya pun nak perkenalkan budaya kita kepada dia contohnya, nak belikan baju Melayu untuk dia juga. Dia pun suka tengok baju Melayu.

Dia berdarah campuran Filipina, Sepanyol dan Portugis, tapi berasal dari Kanada. Tapi, sekarang, dia menetap di Hong Kong kerana bermain untuk satu kelab bola keranjang di sana,” katanya kepada Harian Metro. Tambah Yazmin, sekiranya Austin mencuba berpuasa pada tahun ini, ia akan menjadi pengalaman pertama buatnya. Apa yang boleh saya katakan, dia memang terbuka untuk mencuba. Dia ada bertanya, orang Islam akan berpuasa selama sebulan. Saya beritahu kepadanya, memang sebulan dan dia rasa sangat kagum,” katanya. Terpisah jarak beribu batu, Yazmin dan Austin akan bertemu satu sama lain, sekali dalam sebulan.

Kami dah bercinta sejak lebih kurang dua minggu lalu. Saya tak tahu kenapa, tapi, saya dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang istimewa mengenainya. Saya rasa, hubungan kali ini akan bertahan lama. Setiap bulan, kami akan berjumpa satu sama lain, sama ada di Malaysia, atau di Hong Kong. Jadi, kami perlu bekerja keras kerana hubungan ini perlukan usaha yang banyak. Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version