Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini menetapkan prosiding kes lafaz pisah pengarah, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 18 April ini. Menurut laporan Sinar Harian, peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, Syamsul dan aktres tersebut telah mencapai persetujuan bagi membubarkan perkahwinan dengan cara baik serta aman. Walau bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh terbabit antaranya hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, eddah dan harta sepencarian.
Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Puteri Sarah tak datang mahkamah hari ni, Syamsul yusof memilih untuk jada pertuturan tentang isu rumahtangga. PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof memilih untuk lebih menjaga lisannya berhubung isu rumah tangganya dengan isteri pertama iaitu Puteri Sarah Liyana yang masih belum bertemu titik noktah. Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, berkata, bersempena bulan Ramadan ini juga dia berharap semua isu dapat diselesaikan dengan baik. “Doakan yang baik-baik bulan Ramadan ini. Saya nak selesaikan apa yang patut dulu.
“Saya pun nak jaga kata-kata, tak mahu keluarkan yang tidak sepatutnya,” katanya ketika ditemui pemberita. Syamsul tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada pagi Khamis bagi sebutan kes nusyuz terhadap Puteri Sarah. Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu ditemani peguamnya, Azmi Mohd Rais dan kelihatan ceria dan tenang ketika ditemui pemberita. Puteri Sarah bagaimanapun tidak hadir pada sebutan kes berkenaan.
Syamsul sebelum ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap Sarah pada 21 Mac lalu. Permohonan itu dibuat selepas Syamsul enggan melepaskan Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Sumber: Mstar.