Teruk kena kritik dengan warganet, akhirnya View Chin tampil buat permohonan maaf

Setelah menerima pelbagai kritikan daripada warganet akibat daripada pendedahan isterinya Shermine Hau mengenai kes ketidak setiaan dengan staf bernama Mira, View Chin akhirnya telah membuat permohonan maaf. Menerusi satu posting yang dikongsikan di Facebook, View Chin telah memohon maaf kerana berdiam diri selepas isu mengenainya tular tempoh hari. “Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain difikiran anda.

Saya akan bagi statment secepat mungkin bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang telah menimpa,” katanya. Influencer TikTok itu juga pada masa yang sama berkongsi keadaan rumahnya yang sudah kosong dan dirinya yang terpaksa berhadapan dengan ‘seller’ yang ingin wang mereka dikembalikan susulan isu tak setia yang viral. Tambahnya, apa yang berlaku telah menjejaskan perniagaannya hingga kedai serta staf syarikatnya telah diganggu orang ramai. Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari Ini saya berdiam diri. Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat… “Perkara ini menimpa sampaikan business saya langsung tak dapat dijalankan lagi, kedai saya dikacau oleh orang ramai, begitu juga dengan staff saya juga kena kacau oleh mereka berkenaan. 

Bagi saya masa untuk balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab. Sekian dari saya VIEW CHIN,” tulisnya lagi. Rata-rata warganet di ruang komen tidak menunjukkan rasa simpati buat influencer ini dan ramai berharap View Chin sedar akan kesalahan yang dia lakukan terhadap isterinya.

Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version