Umum mengetahui usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri telah merilis lagu raya sensasinya, Chuk Ku Chuk Raya, di Youtube, dua minggu lalu yang mendapat kritikan dari pelbagai pihak termasuklah pengarah terkenal, Michael Ang yang mengakui Aliff sememangnya tidak mempunyai kebolehan dalam nyanyian dan suka ‘buat hal’ dengan merilis lagu raya sensasi setiap tahun.
Biarpun mendapat kecaman, Aliff Syukri menerusi hantaran di Instagram yang sudah dipadam, berkongsi perkembangan terkini lagu rayanya yang kini sudah mendapat tontonan lebih daripada 1 juta tontonan sejak dirilis dua minggu lalu.
Walaubagaimanapun, perkongsian berkenaan mendapat ‘sindiran’ netizen di ruangan komen yang berpendapat lagu raya Aliff Syukri tidak berkualiti dan ‘angkat bakul sendiri’. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.