Majlis ditaja sepenuhnya oleh AJK, 110 ank yatim dan asnaf diraikan oleh Ahli Perkim Cawangan wanita Hulu Klang

Seramai 110 anak yatim dan asnaf diraikan pada majlis berbuka puasa anjuran Perkim Cawangan Wanita Hulu Klang di Kelab Darul Ehsan, di sini, hari ini. Pengerusi Perkim Cawangan Wanita Hulu Klang Datin Suhana Sulaiman berkata, majlis itu dibiayai sepenuhnya dari hasil kutipan sumbangan ahli mereka yang prihatin. Saya berharap majlis meraikan anak-anak ini sedikit sebanyak akan menceriakan dan menggembirakan sambutan Syawal yang bakal menjelang. Terima kasih kepada penyumbang majlis malam ini yang ditaja sepenuhnya oleh ahli jawatan kuasa (AJK) dan ahli-ahli lain yang bermurah hati,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa itu, di sini, hari ini.

Katanya, kesemua kanak-kanak berkenaan adalah penghuni rumah kebajikan Qaseh Ibu, Rumah Telaga Kasih, Pertubuhan Kebajikan Al-Barakh Malaysia dan beberapa anak yatim jemputan AJK sendiri. Malam ini kami juga akan menyampaikan duit raya dan zakat kepada anak-anak yang hadir bersama sedikit buah tangan sumbangan AJK setiap biro Perkim Cawangan Wanita Hulu Klang. Semoga mendapat keberkatan dan reda Allah pada bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Pertubuhan Kebajikan Al-Barakh Malaysia, Yussof Noor menzahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan itu. Bagi kita yang dewasa pun rasa sangat seronok apa lagi yang budak-budak ini. Dari segi makanan, persekitaran semua memang seronok. Hari ini dari pihak kami saja ada 41 orang kanak-kanak terdiri daripada 12 anak yatim dan selebihnya keluarga asnaf.

Kredit Berita harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version