Setelah sekian lama tanggung, akhirnya Andi Bernadee serah diri juga ke hospital untuk operasi buang tonsil

Penyanyi Andi Bernadee dimasukkan ke hospital sejak Rabu akibat penyakit tonsil yang dihidapinya sejak sekian lama. Memetik laporan, Andi atau nama sebenar Andi Azril Andi Mapangile, 32, memberitahu dia akan menjalani operasi buang tonsil namun masih menunggu masa sesuai kerana bahagian mulutnya mengalami bengkak. Sekarang ini masih makan ubat antibiotik untuk surutkan bengkak. Kata doktor mungkin dua hari lagi saya akan menjalani pembedahan tonsil. Sebenarnya saya sudah lama ada masalah tonsil tapi tak pernah ambil kisah pun. Kali ini agak teruk dan terpaksa juga masuk hospital bagi membuangnya,” ujarnya.

Pada masa sama, masalah tonsil yang dihadapi kali ini sudah semakin serius sehingga menyebabkan dia sukar bernafas ketika hendak tidur. Disebabkan itu, Andi pergi ke hospital dan terpaksa membatalkan beberapa undangan nyanyian sepanjang Ramadan. Kali ini memang teruk sampai sekat pernafasan masa tidur. Pagi Rabu saya memandu sendiri ke hospital sebab sudah tak tahan. Disebabkan dah masuk hospital, terpaksalah korbankan undangan nyanyian. Doktor nasihat perlu rehat sebulan tapi saya cuba penuhi undangan kalau keadaan mengizinkan.

Cuma bimbang berlaku masalah pndrhn dan menjadi lebih teruk. Mengulas tentang keadaan suaranya selepas operasi, pelantun lagu Raya Last Minit ini mengatakan ia tidak akan menjejaskan suaranya namun terdapat kesan kepada percakapan. Selama ini dah memang ada tonsil, jadi bila dah buang nanti akan ada rasa tidak selesa sikit bila bercakap tapi doktor beritahu tidak akan ganggu suara, jadi tiada masalah untuk terus menyanyi,” jelasnya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version