Biarpun baru berusia lapan tahun, namun kanak-kanak perempuan ini sanggup membantu ibunya menjaja kuih dari rumah ke rumah, di sini, untuk kelangsungan hidup mereka. Nurraihah Insyirah Basil menjual lima hingga tujuh jenis kuih dan nasi lemak yang dimasak ibu, Hasna Salim, 35, dengan menolak troli bertingkat di sebuah apartment, di sini, hampir setahun lalu. Kisah Nurraihah Insyirah mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Siti Sabrina yang menyewa inap desa di perumahan berkenaan berkongsi videonya berjualan sambil melaungkan ‘kuih’ dan ‘nasi lemak’ setiap pagi. Berkongsi kisah itu, Nurraihah Insyirah berkata, dia menjual makanan itu bersama kakak, Nurraihana Izyan, 12, di beberapa blok apartment itu secara berasingan setiap hujung minggu dan cuti sekolah selama dua jam bermula pada 7 atau 8 pagi.
Pelajar di sebuah sekolah rendah di Tanah Rata, di sini, berkata, dia tidak pernah berasa malu menjaja makanan dari rumah ke rumah sebaliknya akui sangat berbangga dapat membantu ibu bapanya. Saya memang mahu berniaga seperti ini (menjaja dari rumah ke rumah) sebab lebih dapat sambutan, selain dapat bantu ibu cari duit sampingan keluarga. Takut juga sebenarnya ‘meronda’ dari blok ke blok tetapi saya beranikan diri dan abang saudara juga ada temankan, malah saya juga selalu berhati-hati,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Katanya, dia melakukan kerja itu dengan kerelaan sendiri dan mengakui tidak mengabaikan pelajaran dengan mengulangkaji serta menyiapkan tugasan sekolah selepas selesai berniaga. Ibu masak kuih seri muka, karipap sardin kentang, popia sira, bingka, kaswi, roti sosej, kuih lapis dan nasi lemak seorang diri saja dan apabila melihat masakan ibu habis terjual saya gembira sangat,” kata anak keempat daripada lima beradik itu.
Sementara itu, Hasna berkata, dia bersyukur lima anak memahami kehidupan sederhana mereka dan sanggup membantu menjual kuih dihasilkannya tanpa merungut atau terpaksa. Menurutnya, dia bangun seawal jam 2 pagi untuk memasak lima hingga tujuh jenis kuih dan nasi lemak setiap hari untuk membantu suami yang berkerja sebagai buruh demi kelangsungan hidup.
Gaji suami kira-kira RM1,200 sebulan dan wang itu digunakan sepenuhnya untuk sewa rumah kami. Sebab itu saya berniaga kuih untuk perbelanjaan harian dan sekolah lima anak sejak tiga tahun lalu. Setiap hari saya akan menghantar kuih ke lima tempat termasuk hotel selain berjualan di bawah blok tetapi ada permintaan jual terus ke rumah dan sejak itu anak menjaja setiap hujung minggu serta cuti sekolah,” kata wanita asal Tawau, Sabah itu.
Menurutnya, dia juga tidak mahu lima anaknya mengabaikan pelajaran dan sebab itu jualan dari rumah ke rumah hanya dilakukan pada waktu cuti kerana tidak mahu mengganggu sesi persekolahan Alhamdulillah, sambutan menggalakkan terutama pada cuti sekolah kerana pelancong menyewa inap desa di kawasan perumahan ini. Kami boleh dapat RM300 sehari untuk jualan kasar (belum tolak kos lain) dan anak juga akan dapat upah mereka.
Saya berharap anak dapat melihat usaha saya dan suami membesarkan mereka dengan dapat belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita mereka,” katanya turut menjaga dua anak saudaranya. Berhubung video anak yang mendapat perhatian, Hasna mengakui terharu dengan keprihatinan warganet yang bukan hanya mendoakan mereka, malah turut bermurah hati membantu anaknya.
Saya berterima kasih untuk doa dan bantuan yang diberikan warga TikTok selepas video anak menjual kuih dikongsikan seorang wanita,” katanya. Kredit sinar plus. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.