Untung aktres Puteri Sarah Liyana apabila dikurniakan seorang ibu mentua, Datin Patimah Ismail yang amat menyayangi dan menyokong keputusan menantu kesayangannya. Terbaru, Puteri Sarah, Patimah serta seluruh keluarga dua belah pihak dilihat sedang bercuti di Pulau Pinang namun kelibat pengarah sensasi, Syamsul Yusof tidak kelihatan. Menerusi hantaran di Instagram Story, Patimah sekali lagi meluahkan perasaan mengenai Puteri Sarah. Kata Patimah, aktres berumur 38 tahun itu sudah bertahun menanti kepulangan Syamsul malah sanggup untuk menunggu lama.
Bagaimanapun, Patimah memahami dengan keputusan pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang ingin mengundur diri daripada perkahwinan mereka. Selain itu, hantaran tersebut turut disertakan dengan dendangan lagu Kepada Hati yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Pada 17 April lalu, lafaz talak yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan apabila Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak. Berikutan tiada lafaz talak daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei di depan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Terdahulu, Syamsul bersetuju dengan permohonan talak Puteri Sarah pada 10 April lalu. Media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu. Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perpisahan mereka. JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan perpisahan di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu. Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan talak selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.