Penyanyi Black, 35, memaklumkan dia selamat menjalani operasi membuang ketulan di bawah perutnya di sebuah pusat perubatan swasta di sini, semalam. Menerusi hantaran video di laman Instagram (IG), Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah berkata, operasi kecil itu hanya membabitkan tempoh sejam. Alhamdulillah, operation berjalan dengan lancar selama sejam. Ketulan di bawah perut dapat dikeluarkan. Terima kasih kepada semua yang terbabit. Sekarang, saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Minor operation je,” tulisnya.
Isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira turut menemani Black sepanjang operasi di pusat perubatan terbabit. Dalam perkongsiannya, Black juga juara Program Realiti Mentor musim ketiga memberitahu dia sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat. Sementara itu, perkongsian penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti itu di IG turut mendapat maklum balas positif dari pengikutnya termasuk rakan artis antaranya Tomok, Pablo Amirul, Shahrol Shiro dan Roy Azman. Rata-rata pengikutnya tinggalkan komen dan mendoakan penyanyi itu segera sembuh dari operasi dan dipermudahkan segala urusannya.
Untuk rekod, Black mendirikan rumah tangga dengan Cira pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.