Pelakon dan penyanyi, Cat Farish, 48, risau untuk kembali memiliki kekasih selepas gagal dalam dua perkahwinan sebelum ini walaupun keinginan itu masih ada. Cat yang juga anggota kumpulan Ruffedge berkata, sejak bergelar duda beberapa bulan lalu, dia memang cuba kenal-kenal dengan orang baharu tetapi fikirannya jadi berserabut. Saya keliru. Nak kenal orang baru, tapi bila sudah kenal, rasa tak senang. Yang muda, tua, sebaya. Sebenarnya, saya rasa lebih suka duduk seorang di rumah dengan anak-anak. Bila berpasangan jadi macam risau. Risau bagaimana nak lebih mengenali orang.
Risau nak duduk sekali nanti jadi terlalu terikat. Bila pergi studio misalnya, kasihan teringat pasangan di rumah. Takkan saya nak duduk dalam studio sampai jam 4 pagi? Bila nak kenal, tiba-tiba ada hal tak kena. Bawa anak, tak boleh layan anak. Adalah kenal-kenal, tapi sebenarnya tak sedia lagi pun. Memang sebenarnya dalam empat bulan itu tak payah jumpa sesiapa. Tapi memang saya tak boleh buat macam dulu dah. Kenal sekejap, tiba-tiba kahwin. Takut nak kenal orang baru, takut nak bermula balik,” katanya. Cat juga enggan berlaku tidak adil kepada pasangannya nanti kerana dia ada anak-anak yang jadi keutamaan selain masih rapat dengan bekas isteri pertamanya, Hartiny Ramli.
Anak saya pula memang suka menguji tengok siapa yang boleh layan mereka. Saya pernah saja ada bekas teman wanita yang boleh layan dan ikut dia. Saya dengan bekas isteri pertama pun memang sangat rapat. Malah, dengan mak mentua pun sampai sekarang masih sokong perniagaan saya, ajak datang makan. Masih anggap saya macam anak dia. Adakah pasangan saya kelak boleh terima perkara itu? Macam bekas isteri mesej pasal anak, bolehkah dia terima? Hal-hal ini yang saya sangat takut. Tak adil untuk pasangan. Hal-hal tak sebulu ini tak baik. Pada Februari lalu, Cat mengesahkan sudah bercerai dengan isterinya, Suriani Hassan, 37, dengan talak satu di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Januari lalu.
Cat dan Suriani berkahwin pada 20 November 2020, namun mereka tidak dikurniakan anak. Sebelum ini, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny dan berpisah pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar,12. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.