Penyanyi Daiyan Trisha menitiskan air mata sebaik saja tiba di Masjid al-Haram, Makkah dalam keadaan cuaca hujan. Perkongsian yang dimuat naik menerusi Tik Tok, memperlihatkan Daiyan menangis keterujaan merasai pengalaman manis itu. Baru sampai, terus hujan,” tulis kapsyen di perkongsian Daiyan secara ringkas. Rata-rata warganet turut mendoakan agar pelakon drama siri popular Projek : High Council itu terus istiqamah dalam memakai tudung sebaik saja pulang ke Malaysia nanti.
Malah, ramai berkongsi rasa bangga penyanyi itu menggunakan kesempatan pada bulan mulia untuk ke Tanah Suci. Daiyan, balik Malaysia nanti perlahan-lahan belajar pakai tudung ya. Alhamdulillah dah sampai tanah suci. Moga jadi titik perubahan diri, tak peluk-peluk bukan mahram dah. “Alhamdulillah, balik Malaysia teruskan pakai pakaian macam ini ya. Allah suka,” komen beberapa warganet. Terdahulu, Daiyan meluahkan rasa syukur apabila dia berpeluang mengambil kesempatan dalam keberkatan bulan Ramadan ini untuk menunaikan umrah sekali lagi.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.