Datuk Jamal Abdillah akui tidak akan berkira soal pendidikan anak.

Penghibur legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, tidak kisah perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk pendidikan anak-anaknya asalkan mereka dapat menimba ilmu di sekolah terbaik.

Jamal berkata, beliau amat bersyukur tiada masalah dari segi kewangan untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anaknya kerana sedar kesibukan bekerja selama ini demi mencari rezeki untuk keluarga.

Tak dinafikan, apabila mempunyai anak-anak masih kecil perbelanjaan keperluan mereka seperti pakaian boleh tahan besar juga. Namun, saya bersyukur anak-anak saya rezeki mereka sangat murah. Cuma Azura, sekolah dia yang saya masukkan sekarang adalah sekolah terbaik. Namun, ia memerlukan perbelanjaan yang besar. Jadi, saya tiada masalah dan menjadi halangan kerana saya cari rezeki pun untuk mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Jamal, beliau memang tidak berkira langsung urusan perbelanjaan keperluan untuk anak-anaknya daripada pelbagai aspek asalkan kesihatan mereka sentiasa terjaga dan membesar dengan baik. Saya tak berkiralah (perbelanjaan anak). Maksudnya bahagian susu, makan dan minum mereka itu pun sudah beribu-ribu ringgit, termasuk pakaian dan sekolah mereka lagi, insya-Allah rezeki mereka murah. Malah, setiap anak-anak saya sudah ada simpanan mereka sendiri.

Ini termasuk simpanan untuk Osama dan Zaki yang saya buat sebagai jaminan masa depan mereka,” katanya yang mengakui teruja melihat perkembangan pendidikan Azura yang sangat fasih bertutur bahasa Inggeris. Jamal berkata, memang setiap hari Azura selesa bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga beliau pun kadang-kadang berasa tergagap juga nak menjawabnya. 

Jamal berkata, beliau tidak pernah memaksa Azura, tapi itu minatnya bertutur bahasa Inggeris yang semula jadi. Jamal mendirikan rumah tangga dengan Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, pada 1 April 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Nur Azura Yamani, 4; El Isaac Yamani atau Zack, 3; Iskandar Rayyan Yamani, 1; dan Rahil Laura Salsabila Yamani yang lahir pada 14 April lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulunya, Jamal memiliki dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21; dan Ahmad Zaki Yamani, 17. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version