Elly Mazlein bersederhana, sedar populariti tak kekal lama.

Pengacara dan pelakon Elly Mazlein sering mengingatkan diri agar sentiasa merendah diri meskipun berada di puncak populariti ketika ini. Menurut Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 42, peringatan tersebut diterapkan dalam dirinya kerana percaya posisi yang dipegangnya ketika ini tidak akan kekal lama.

Saya sentiasa mengamalkan konsep bersederhana, beringat dan tanam diri bahawa satu hari nanti tempat ini akan diambil alih orang lain. Hidup kita ini ibarat roda. Jadi apabila berada dalam satu posisi selesa, rasai dan nikmatinya sebelum diganti oleh orang lain,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Katanya yang popular menerusi drama Kampung People, perkara tersebut adalah perlu diingatkan pada dirinya bagi mengelak berasa kecewa sekiranya reputasi jatuh satu hari nanti. Kalau fikir begitu, insya-Allah kita tak akan sakit (jika reputasi jatuh) sebab kita sentiasa realiti sebab tempat kita akan sentiasa di ambil alih.

Sebab itu saya selalu ingatkan diri sendiri mengenainya sebab momen ini tidak akan kekal lama,” ujarnya yang menyambut Aidilfitri selama lima hari di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kelantan.

Mengimbau semula, kerjaya Elly atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom dalam bidang pengacaraan semakin menyinar selepas menjadi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan bersama Nabil Ahmad. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version