PENYANYI Fieya Julia mendedahkan pernah mengalami fasa kemurungan akibat kurang mendapat tawaran kerja selain terlalu memikirkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggung. Fieya atau Nur Safiyah Sajali, 24, memberitahu pandangan dan harapan orang sekeliling terhadap dirinya juga membuatkan dia merasa tertekan sehingga emosinya terjejas. “Saya tertekan sebab perlu jalani hidup jauh dengan keluarga di Kuala Lumpur. Banyak benda nak kena fikir terutamanya melibatkan wang. Job pun tidaklah banyak sangat.
“Jadi keadaan tiada duit itu membuatkan saya terlalu berfikir sehingga memberi kesan kepada diri sendiri. Memanglah ada kawan, tetapi saya tidak boleh nak teruskan harapkan pertolongan orang. Dalam sama selepas saya bertudung ramai yang terlalu mengharapkan saya menjadi seorang yang lebih baik sedangkan saya masih lagi belajar ke arah itu. ia juga menjadi punca saya tertekan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Fieya sebelum ini meluahkan perasaan dan situasi yang pernah dialami sebelum ini menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.
Tambah penyanyi lagu Perasaanku ini, dia pernah menghilangkan diri sehingga salah seorang rakannya terpaksa menghubungi pihak bomba untuk memecah masuk ke dalam rumahnya. “Kejadian itu berlaku pada Disember tahun lalu. Saya hilangkan diri sehari sehingga kawan-kawan mula risau dan mereka panggil bomba untuk periksa keadaan saya kerana bimbang saya melakukan perkara yang boleh memudaratkan diri. Tetapi saya saya sempat buka pintu sebelum bomba pecah masuk. “Sebenarnya ketika itu saya betul-betul nak healing dan mahu bersendiri. Malah apabila bomba datang pun saya rasa nak marah sebab privasi terganggu,” ujarnya.
Bagaimapun kata Fieya dia cuba untuk aktif dalam dunia penstriman untuk lari dari masalah tekanan selain mahu mencari duit menampung kehidupan. “Syukur bila dah mula main game penstriman, ada juga pendapatan. Namun masih ada yang kritik sebab kononnya saya ini artis dan boleh jejaskan pendapatan orang lain. Saya sendiri pun susah nak cakap dengan pandangan orang ini. Mungkin juga sebab saya introvert dan susah nak berkomunikasi dengan orang menyebabkan berlaku tekanan,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.