Gerhana Matahari Hibrid selepas 10 tahun.

Orang ramai dilihat teruja ketika menyaksikan fenomena gerhana matahari separa atau dikenali sebagai Gerhana Matahari Hibrid yang berlaku bermula 11 pagi hari ini.

Fenomena alam itu dianggarkan terjadi sekali setiap dekad yang mana kedua-dua jarak bulan dan matahari dengan bumi perlu berada pada kedudukan spesifik bagi membolehkan ia berlaku dengan beberapa kriteria.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai berkongsi gambar Gerhana Matahari Hibrid yang diambil serta antara keajaiban berlaku sewaktu fenomena tersebut muncul. Menerusi hantaran di Facebook, Olive House Malaysia, fenomena alam itu berjaya dirakam oleh pasukan Creative Content dan Social Media Olive House sekitar pukul 11.58 pagi di Pejabat Ampang Business Centre, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, pengguna Facebook, Hakim Darno juga berkongsi gambar memaparkan telur ayam yang berkedudukan tegak kesan daripada berlakunya gerhana matahari separa. Subhanallah. Antara kesan daripada Gerhana Matahari, telur berdiri,” katanya.

Sehubungan itu, tanda pagar Gerhana Matahari Hibrid (#Gerhanamataharihibrid) sohor kini di platform Twitter dan Facebook. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version