Bukan biasa biasa, umur baru 5 tahun tapi dapat hadiah kereta G Wagon sempena ulangtahun harijadi

Baru-baru ini, tular beberapa video di sekitar sambutan majlis ulang tahun kelahiran ke-5 anak kepada pengasas produk kosmetik Farhana Zahra di laman TikTok. Mana tidaknya, hadiah yang diterima oleh kanak-kanak perempuan yang dikenali Nur Fatima Az Zahra sangatlah membuatkan ramai terkesima kerana tidak seperti budak seusia dengannya. Menerusi hantaran dikongsikan usahawan Kelantan sebelum ini, anak perempuannya meluahkan ‘hajat’ untuk mendapatkan kereta mewah seperti G Wagon dan BMW sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya.

Apabila disoal ‘kenapa’ mahu hadiah berkenaan, kanak-kanak tersebut menyatakan dia mahu pergi ke sekolah menaiki kenderaan tersebut meskipun usianya belum cukup dewasa. “Hari itu alasan dia tak nak pergi sekolah sebab belum birthday dia, jadi tak cukup lagi 5 tahun. Sekarang dia minta Cikna BMW dengan G Wagon pula baru nak pergi sekolah. BMW Cikna tahulah, G Wagon tu apa?”tulisnya.

Terbaharu, hajat kanak-kanak perempuan itu ditunaikan oleh ibu bapanya apabila kelihatan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz G Class atau turut popular dengan panggilan G-Wagon. “Untungnya kau dik, G Wagon yang ini limited edtion. 1 je dalam Malaysia,”tulis salah seorang tetamu yang hadir memeriahkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran Nur Fatima Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut dan kehairanan dengan permintaan hadiah ‘birthday’ yang diminta kerana seakan tidak logik budak berusia lima tahun itu. Klik sini untuk lihat video.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version