Ramai lagi yang tak tahu, rupanya ibu Meerqeen adk beradik dengan Safura Yaacob

Sejak jadi pelakon utama dalam sebuah drama popular, nama Meerqeen semakin dikenali ramai. Bukan sahaja kerana memiliki wajah yang tampan, malah bakat lakonannya juga tidak kurang hebat. Baru-baru ini, tular satu video di sosial media di mana Merqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam sedang menyanyi bersama ibunya, Suraidah di sebuah acara. Klik sini untuk lihat video.

Yang menarik perhatian dalam video tersebut, suara ibunya yang lunak seakan suara penyanyi Safura Yaacob semasa menyanyikan lagu Dua Insan oleh Datuk M. Nasir dan Yunizar Hussein. Patutlah sama, rupanya Suraidah dan Safura adalah adik beradik. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengetahui bahawa Safura adalah kakak kepada Suhaidah. Malah, ada juga yang memuji ibu Merqeen seorang yang penyayang dan baik hati.

Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Meerqeen redha sekiranya drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang sudah memasuki musim kedua tidak menepati jangkaan dan harapan peminat. Menurut Meerqeen yang membawa watak Firdaus dalam siri ini, dia dan barisan produksi sudah memberikan komitmen seratus peratus bagi menjayakan drama ini. Kalau tak dapat sambutan meriah seperti musim pertama, saya akan okay. Apa yang penting saya dan kru sudah lakukan yang terbaik. Normal jika sesuatu drama itu memberi respons yang pelbagai oleh penonton. Ada yang suka dan ada yang tidak. Bagi saya, tiada perasaan tertekan kerana saya juga turut berbincang dengan pasukan sekiranya ada babak yang perlu kita ubah, kita akan tukar sesuai selera penonton,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media drama bersiri Melur Untuk Firdaus musim kedua hari ini. 

Exit mobile version