Penyanyi, Tajul Ariff mengakui membenarkan isteri tercintanya Nurul Shahmieza Eddie untuk membuat rawatan muka atau facial di klinik estetik demi kelihatan lebih cantik. Tajul ketika ditemui berkata tiada masalah untuk isterinya membuat perubahan kerana dia sendiri yang memberi keizinan. Saya rasa benda (perubahan) itu normal. Pada saya ok la sebab saya yang suruh kan. Tak tahu la kalau orang perempuan lain macam mana. Saya yang suruh sendiri dia pergi buat facial.. Dia tak pernah buat sesuatu perkara yang saya tak suka ataupun tanpa pengetahuan saya. Semua itu atas diri saya sendiri,” katanya.
Tajul berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran laju raya bersama syarikat pengurusan FMC bertempat di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa. Terdahulu, nama isteri Tajul hangat menjadi perbualan warganet selepas ditegur melakukan perubahan wajah iaitu ‘nose lifting’ di sebuah klinik estetik. Sekadar info, Tajul dan isterinya berkahwin pada 10 Disember 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata bernama Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.