PELAKON Uqasha Senrose masih berdepan trauma selepas kejadian suaminya Kamal Adli diserang semasa menyertai satu acara jualan hari raya di Singapura pada 13 Mac lalu. Kata Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, walaupun sudah sebulan kejadian itu berlalu namun dia dan Kamal masih belum berani untuk keluar rumah tanpa teman. “Saya nak keluar rumah pun rasa takut, nak pergi pusat beli belah pun tak berani. Kamal sekarang pun susah nak keluar rumah tapi bila dia duduk rumah saya nampak dia sedikit murung dan tak gembira,” katanya kepada mStar.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi barisan pelakon Sumpahan Jerunai yang diadakan di Kuala Lumpur pada Khamis. Tambah Uqasha, buat masa ini dia hanya keluar rumah untuk urusan kerja selain perlu membawa teman sepanjang masa ketika berada di tempat awam. Bimbang kejadian sama berulang kepada Kamal, Uqasha berkata dia turut mengupah pengawal perbadi selain meminta polis membuat rondaan di sekitar rumah. “Selepas apa yang terjadi, saya hanya keluar untuk jalani penggambaran sahaja. Rasa takut dan berdebar bila ada dekat luar. Saya tak berani seorang diri, kena berteman.
“Kamal pula di rumah ada upah pengawal peribadi untuk jaga keselamatan Kamal. Kami juga buat laporan polis untuk jaga rumah itu dan buat rondaan beberapa jam sekali,” kongsinya. Berkongsi keadaan terkini Kamal, Uqasha memberitahu bahawa suaminya sudah semakin sembuh cuma sedikit murung kerana tidak berani keluar dari rumah. Kata Uqasha, Kamal seorang yang tidak suka bertemu doktor membuatkannya sukar untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Dia sedikit sensitif dan murung apabila berada di rumah, dia rela dipkl cota 50 kali berbanding bertemu dengan doktor.
“Dia takut doktor… takut dengan jarum. Dia sepatutnya pergi lakukan X-ray dan MRI untuk elakkan terjadi perkara yang tidak diingini pada kesihatannya tapi dia tak nak,” katanya. Sebagai seorang isteri, Uqasha memberitahu dia tidak mahu memaksa suaminya sebaliknya cuba memahami dan menasihati sahaja. “Saya anggap ini ujian untuk saya. Saya tak nak memaksa dia cuma boleh nasihatkan dia untik kebaikan dia. “Saya sebagai isteri kena faham keadaan Kamal dan saya pun kena kuat untuk dia juga,” luahnya.
Dalam pada itu, Uqasha memberitahu dia masih belum mengetahui identiti individu menyrng Kamal dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu yang sedang dalam perbicaraan. “Tengok muka dia macam waras, tapi tak tahulah sekarang ini orang normal pun boleh jadi tak waras. Dia dah jalani ujian psikiatri selama minggu tapi masih tak ada jawapan dan sekarang dilanjutkan seminggu lagi. “Mahkamah Singapura pun masih belum boleh putuskan apa-apa. Jadi kami hanya boleh tunggu sahaja.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.