Sebuah video milik pempengaruh Khairul Aming ditegur oleh pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah kerana resipi yang dikongsi mengandungi minyak yang belebihan. Rafidah menegur masakan sambal hijau Khairul Aming menerusi ciapan di Twitter. “Salam Khairul Aming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat. Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia. Kita tidak mahu kesihatan makin teruk, negara makin merundum. Terima kasih,” tulisnya.
Namun, terdapat segelintir peminat Khairul Aming tidak setuju dengan teguran yang diberikan kerana bagi mereka, dia hanya seorang pempengaruh media sosial yang berkongsi resipi makanan dan bukannya tertumpu kepada makanan sihat sahaja. Menurut seorang pengguna Twitter, Khairul Aming juga mempunyai akaun Instagram yang kedua khas untuk makanan-makanan sihat dan menurutnya lagi peminat boleh mengubah resipi mengikut citarasa masing-masing. First of all, KA (gelaran Khairul Aming) bukan content creator untuk healthy meals. Ada diet coach yang share healthy meals, boleh tengok resepi mereka. Kuantiti bahan itu rasanya kita boleh adjust sendiri, tidak perlu ikut pun.
Lagi satu bila senduk lauk dan nampak minyak banyak macam ni, pandai-pandailah jangan sampai senduk minyak dia sekali,” tulis peminat Khairul Aming. Kredit Mstar.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.