Tahu tahu dah ada dekat Malaysia, Leona dari London sanggup balik Malaysia semata mata nak pergi bazaar ramadhan

Influencer dan juga anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat sudah berada di Malaysia apabila bapanya berkongsi video menyatakan anak bongsunya itu pulang untuk berpuasa bersama keluarga. Menurut Azhar, dia sendiri tidak faham mengapa anaknya senang-senang pulang ke Tanah Air dan terus bertanyakan secara langsung kepada Leona. Menurut gadis itu, dia merindui suasana berpuasa di Malaysia apabila boleh pergi ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Klik sini untuk lihat video.

“Saya nak pergi naik motor ke bazar Ramadan. Kena Naik Motor, saya tak nak naik kereta.” ujarnya sambil memaklumkan ingin ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut memandangkan influencer yang belajar di London itu sudah ada di Malaysia sedangkan sebelum ini dia berkongsi percutiannya di Iceland di media sosial. Mereka juga meneka bahawa Leona merindui suasana berpuasa di Tanah Air sendiri kerana dapat berkumpul bersama keluarga serta lebih terasa seronok dengan bazar yang berkena juadah.

Komen Warganet:

Sekitar September tahun lalu, Leona Iris Kasih bersama kembarnya, Andika Rees Pahamin telah berangkat ke London untuk menyambung pelajaran. Difahamkan, Leona telah mengambil jurusan pengurusan manakala Andika pula akan mendalami ilmu Undang-undang Maritim. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version