Linda Rafar kongsikan hasrat nak kurus, tapi ini pula respon suami dia

Pelakon Linda Rafar mendedahkan suaminya, Syed Aiman yang juga seorang aktor tidak mahu dia bertubuh kurus. Kata Linda, dia menjadi tertekan apabila hendak diet atau mengurangkan berat badan tapi dihalang suami. Linda menerusi satu hantaran berkongsi perbualannya ketika meminta kebenaran untuk turunkan berat badan. “Siapa ada suami dan dia tak suka u kurus?

“Mama (Linda) : Pa (suami), Ma (dia) nak 52kg bole tak? “Papa (suami): You nak kurus untuk siapa?? Mama: kurus untuk sihat la dan nak senang gerak buat amal ibadah.. Papa: Ermmm ok la if niat macam tu.. tapi Mama : Tapi apa?? Ckp la.. Papa: i lagi suka you berisi. Mama : aduhhh ni yang stress diet ni .. bila you ckp camni. Papa: so renung-renungkan la ye..,” tulisnya. Linda juga turut bertanyakan pendapat kepada pengikut laman sosial yang turut alamai perkara yang sama. “Komen sikit yang suami suka wife chubby?” tanyanya.

Rata-rata warganet memberi pelbagai readksi termasuk berkongsi dari pengalaman mereka sendiri.”Suami saya pun tak suka saya kurus katanya tak lawa,” komen pengikutnya. “Kadang-kadang bila dah kurus muka nampak tua sebab cengkung,” kata salah seorang warganet. “Suami saya cakap jangan kurus nanti macam peluk plywood,” beritahu salah seorang warga maya. Sekadar info, Linda dan Syed Aiman berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version