Kepulangan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, yang membuat kemunculan pertama depan khalayak ramai diraikan lebih 3,000 peminat hingga ada sanggup berhujan di luar pusat beli-belah Pavilion, di sini, hari ini. Michelle berarak memegang trofi Oscars dimenanginya atas hamparan karpet merah sepanjang 500 meter sambil melambai ke arah peminat yang tidak henti memberi sorakan di sekelilingnya. Saya sentiasa dengar anda semua.
Walaupun saya tak berada di Malaysia, saya akan dengar anda semua ‘mengaum’. Ini kerana saya adalah anak sejati Malaysia. Syukur Tuhan saya menang! Tak dapat bayangkan kalau saya pulang dengan melihat wajah kecewa anda. Tapi saya tahu, kalau tak menang pun, saya sudah jadi pemenang dalam hati anda. Saya benar-benar bersyukur. Terima kasih semua! Terima kasih menyokong saya.
Enam minggu kebelakangan ini adalah mimpi terindah buat saya,” katanya pada acara Acara Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet anjuran A Next Star Production and Fast Track Events itu. Michelle mengakui dia akan kembali sibuk selepas kepulangannya ke sini. Bagaimanapun, dia akan memberikan ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, menyimpan sebentar trofi Oscars itu. “Saya akan kembali ke London untuk menjalani penggambaran filem Wicked arahan John Chu. ‘Mr O’ (trofi) akan saya beri mak saya simpan untuk sementara waktu,” katanya.
Dalam perarakan itu, dia diiringi anggota keluarganya serta pasangannya, Datuk Seri Jean Todt. Perkarangan Pavilion sudah dipenuhi peminat yang enggan terlepas berkongsi detik penuh bersejarah dan melihat Michelle depan mata sejak tengah hari. Dia sempat berswafoto dan menandatangan autograf untuk peminat. Sokongan padu ditunjukkan itu tidak disangkal cukup menyentuh hati. Rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang bersatu-padu dalam acara dihoskan penyampai Fly FM terbabit. Terdahulu, Michelle membuat kemunculan pada sidang media berdurasi 30 minit yang dilangsungkan di Hotel Pavilion. Ia dihadiri lebih 200 media tempatan dan dari luar negara termasuk Jepun.
Pada 13 Mac lalu menyaksikan detik bersejarah apabila Michelle menjadi wanita Asia pertama menang trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy atau Oscars di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS). Kemenangan itu menerusi penampilan dalam filem Everything Everywhere All At Once yang turut menang besar pada edisi ke-95 acara pengiktirafan filem terbesar dunia berkenaan.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.