Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad tidak mudah mempercayai individu-individu yang menggunakan gambar dan kisah sedih di ruang mesej Instagramnya, yang pada masa sama cuba menjeratnya dengan cinta. Nabil berkata, ujian yang hadir kepadanya adalah dalam bentuk gambar serta kisah-kisah yang dianggap sebagai palsu. Ujian yang datang kepada saya, adalah dalam pelbagai bentuk contohnya gambar-gambar. Ada juga yang mengaku sebagai janda anak satu yang perlukan bantuan.
Ada yang meluahkan, sanggup menjadi isteri kedua dan ‘melamar’. Katanya, dia boleh menjaga rumah dan keluarga saya. Tapi, saya tak percaya semua gambar dan cerita itu kerana boleh jadi, ia adalah rekaan dan palsu,” katanya. Menurutnya, dia bersyukur kerana akaun Instagramnya diuruskan oleh isterinya, Nazirah Ayub. Nasib baik bukan saya yang uruskan akaun Instagram saya sebab isteri saya yang uruskan. Kalau TikTok pun, isteri saya izinkan saya urus sendiri sebab untuk urusan kerja,” katanya.
Sebagai suami dan ayah kepada tiga cahaya mata, Nabil mengajak mereka yang bergelar pasangan suami isteri untuk saling bersabar kerana dalam rumah tangga akan ada pasang surutnya. Saya tak nafikan, dalam rumah tangga, akan ada pasang surutnya dan itu merisaukan. Tapi, kita kena banyak bersabar dan lakukan tanggungjawab sebagai suami, dengan betul.
Kalau tak, satu hari nanti Allah akan buka aib kita dan ia akan menjadi masalah kepada anak-anak. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.