Gelagat Nabila Razali Beli Ais Curi Perhatian ramai.

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mencuri perhatian selepas aksinya mengangkat sebungkus ais mendapat perhatian dalam kalangan warganet sejak semalam. Perkongsian itu tular selepas Nabila berkongsi sendiri video tersebut menerusi hantaran di TikTok miliknya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 39 saat itu, Nabila yang tampil memakai busana lengkap raya kelihatan mengangkat sebungkus ais dari sebuah kedai yang dipercayai terletak di Tampin, Negeri Sembilan sebelum memasukkannya ke dalam kereta.

Second syawal #iceicebaby,” tulisnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai respons terhadap perkongsian tersebut, malah ramai memuji tindakan Nabila itu sebagai mengambil alih tugas seorang anak lelaki.

Tidak habis disitu, ada juga yang berseloroh mengatakan, sikap Nabila yang tidak kekok membeli ais memberi keuntungan kepada bakal suaminya kelak. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 85,000 tontonan dengan lebih 4,000 komen sejak ia dimuat naik pada Ahad.

Terdahulu, aksi mengangkat ais mula mendapat perhatian dalam kalangan netizen selepas pelakon Nadhir Nasar memuat naik beberapa foto di hadapan sebuah kedai sambil mengangkat ais beserta kapsyen berbentuk ‘pickupline’. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version