Pelakon dan pengacara, Naz Rahman mendedahkan berat badannya menyusut sehingga 14 kilogram selepas menjalani operasi membuang tumor dalam perut jenis gastrointestinal stromal tumors (GIST). Pemilik nama Nazrudin Habibur Rahman berkata, pembedahan yang dilakukan sejak lebih empat tahun lalu telah menyebabkan saiz perutnya berkurangan sehingga 15 peratus sekaligus membuatkan berat badannya menyusut terutama pada bulan Ramadan.
“Saya pernah ada tumor dalam perut, dah lebih empat tahun keadaan begitu juga. Ramai yang tanya, kenapa saya kurus, ‘kau ni hisap bahan terlarang ke’? Tapi dari dulu sampai sekarang, sebab perut saya dah kurang 15 peratus. Apabila bulan puasa, berat badan saya akan semakin susut sampaikan produksi pun banyak tanya adakah saya sakit? Ya, memang betul saya sakit, tapi insyaAllah masih boleh bekerja,”ujarnya. Naz bagaimanapun meluahkan kesyukuran apabila tumor berkenaan berjaya dikeluarkan dan hanya perlu menjalani pemeriksaan berkala pada setiap tahun.
“Alhamdulillah, tumor itu dah berjaya dikeluarkan dan saya perlu menjalani pemeriksaan setiap tahun. Setiap tahun apabila doktor memaklumkan keadaan saya bebas dari tumor, saya bersyukur dapat kembali bekerja,”luahnya. Apa yang membuktikan pengacara Jalan-Jalan Cari Makan ini adalah dia kini boleh memakai semula baju yang pernah disarung ketika akad nikah pada 14 tahun lepas dalam majlis berbuka puasa dan pelancaran Rahsia Gaya Raya Watsons, semalam. “Jujur saya katakan, saya hilang 14 kilogram. Ini baju yang dipakai ketika berkahwin, cukup fit badan tapi sekarang bahu pun dah jatuh. Semua dah susut, saya tak boleh nak tambah berat badan,”jelasnya.
Dikesempatan itu, selebriti berusia 44 tahun itu meminta maaf kepada peminatnya di luar sana kerana tidak memaklumkan bahawa dirinya menghidap tumor. Naz bagaimanapun memberitahu dia akan tetap kurus namun masih kekal ceria sampai bila-bila selain terus kuat demi isteri tercinta, Sheahnee Iman Lee dan tiga cahaya matanya iaitu Zara Aaliyah, Zakry Aiman dan Zayd Aaqil. “Jadi saya nak ambil kesempatan ini untuk peminat yang bertanya kenapa kurus, minta maaf saya tak suka nak uar-uarkan tapi sakit ini akan berpanjangan dan saya akan macam ini sampai bila-bila tapi akan terus ceria.
Ini merupakan operasi saya kali ke sepuluh. Macam-macam dugaan dalam hidup ini, apa yang jadi ujian daripada Allah tapi macam mana reaksi kita kepada cubaan itu yang penting. “Saya ada pilihan, nak sedih, down, depress.. memang patut, tapi demi anak-anak dan isteri saya, saya tak mahu,”ujarnya. Naz yang juga pelakon drama bersiri Liar meluahkan rasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernyawa dan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta terutama melihat anak-anak membesar.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.