Dikatakan sengaja kongsikan masalah anak di media sosial, bapa saudara Hafidz Roshdi bongkarkan niat sebenar Shuhada

APA saudara Hafidz Roshdi kesal dengan tindakan isteri pelakon berkenaan iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang didakwa sengaja berkongsi tentang masalah kesihatan mental anaknya di media sosial. Lelaki berusia 50 tahun yang dikenali sebagai Adlan itu mendakwa tindakan Shuhada berkongsi perkembangan kesihatan anaknya itu semata-mata demi mempromosikan produk biskut jualannya dalam kalangan pengikut. “Kemajuan kesihatan untuk tujuan pemasaran? Masih lagi? Saya akan analisis untuk kebaikan cucu saudara kandung terutama perkembangan si anak kecil,” katanya.

Antara perkongsian yang dibuat Shuhada menerusi Instastiory. Adlan berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. Dalam pada itu, Adlan berkata, tindakan Shuhada itu mengusik jiwa Hafidz yang ‘kalah’ apabila melibatkan dua anak kesayangannya itu. Malah kata Adlan, proses pemulihan kesihatan dan semangat diri Hafidz juga terganggu dan meminta Shuhada tidak merumitkan keadaan. “Kami tahu bab anak-anak paling mengusik jiwa Hafidz, maka kamu telah mencabar uncle di dalam proses pemulihan kesihatan dan semangat diri buatnya. Kalau kamu tak dapat membantu, kamu jangan merumitkan!”ujarnya.

Adlan turut tinggalkan pesan kepada Shuhada yang sudah ‘menjentiknya’ dan semua tindak balasnya selepas ini bergantung kepada Shuhada. Malah Adlan turut memberi pilihan berhubung sesuatu yang akan membuatkan dia duduk dan muhasabah diri. “Ingat pesan uncle. Kamu dah triggered uncle. Pada hari ini dan mulai hari ini, semua tindak balas bergantung kepada kamu. Adlan tidak bersetuju Shuhada berkongsi kisah peribadi di media sosial.

“Cuma kamu perlu tahu, uncle mempunyai 11 muka surat bersamaan 4,350 patah perkataan bagi membuatkan kamu duduk dan muhasabah diri. Kamu pilih,” katanya. Adlan berkata, selama ini dia berdiam diri namun Shuhada mula membabitkan anak-anaknya dengan Hafidz dalam melepaskan dendam dan amarah terhadap suaminya. “Dunia ini bukan kita satu orang yang punya. Dunia ini juga ada tindak balas. Jika negatif yang kamu mahukan, maka negatiflah yang akan datang bergolek. “Sikap manipulasi, cabar mencabar dan provokasi yang selama ini oleh diri kamu, sedang kamu persembahkan kepada umum,” katanya.

Sementara itu, Adlan berkata, tiada ibu bapa yang menyokong anak-anak jika ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Jelasnya, keluarga Hafidz ada cara tersendiri dalam menguruskan kemelut yang berlaku dan ia tidak perlu dihebahkan kepada umum di media sosial. Sebelum ini, Shuhada ada berkongsi mengenai simptom-simptom dialami anak perempuannya iaitu Humairah berusia 6 tahun yang pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis.

Keadaan Humairah bertambah baik selepas menerima rawatan. Bagaimanapun perkongsian di Instastory itu turut memperlihatkan Shuhada meletakkan link produk jualannya. Isu rumah tangga pasangan ini masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz talak dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas sambutan Aidilftiri. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Sumber: mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version