Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila dikenakan bayaran oleh penjaga selipar di surau sebuah hentian rawat dan rehat (R&R) semasa dalam perjalanan pulang ke kampung, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.
Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @ban94ll, lelaki itu melihat ramai orang duduk di kawasan meletak selipar ketika dia keluar dari surau. Dia kemudian menghampiri seorang wanita yang menjaga seliparnya.
Menurutnya, penjaga selipar di kawasan itu mengenakan bayaran antara 2,000 rupiah (RM0.60) hingga 5,000 rupiah (RM1.50). Setelah video tersebut tular, kakitangan hentian R&R itu menegur wanita-wanita yang menjadi penjaga selipar di kawasan itu, tetapi mereka pula dimarahi. Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Cirebon.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen. Kita baru tanggalkan selipar, mereka terus sibuk nak menyusun,” komen seorang warganet. Ketika pulang ke kampung, kami berhenti di masjid yang sesak. Saya letak selipar, tetapi diambil seorang wanita. Akhirnya minta dibayar juga,” komen netizen lain. – Agensi. Kosmo Online . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.