Sampai pergi ke Gunung Jerai untuk berubat, tak sangka ini pula keadaan terkini Hamzah

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah, 32, sanggup ke Gunung Jerai, Kedah membawa anak tunggalnya, Hamzah, 3, untuk berubat kerana mendakwa mereka terkena sihir. Perjalanan ke Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai yang difahamkan untuk ikhtiar berubat itu dikongsikannya menerusi video di Instagram dengan kapsyen, ‘hanya Allah yang mengetahui’ berserta emoji hati berwarna merah. Hidayah memaklumkan, dia bersyukur perjalanan mereka anak-beranak ke Gunung Jerai berjalan lancar dan segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Ibu bawa Hamzah pergi mandi di Telaga Tok Sheikh, semoga anak ibu kembali sihat sedia kala. Amin. Ibu akan buat terbaik untuk anak ibu, biarlah apa orang-orang nak kata, hanya Allah yang mengetahui semua ini. Sebab mereka tak pernah rasa, apa yang kita rasa selama ini. Dari anak ibu waktu kecil sampai sekarang. Itu sebab ibu tak pernah nak letak video ataupun gambar anak ibu, ibu tahu setiap kali ibu ‘post’ gambar atau video pasti malam akan terjadi sesuatu,” tulisnya dalam keterangan video itu. Hidayah juga menyifatkan kunjungannya dan Hamzah ke kawasan Gunung Jerai itu amat menenangkan, banyak tempat bersejarah, melawat ke padang Tok Sheikh termasuk berpeluang solat di Telaga Tok Sheikh. Klik sini untuk lihat video.

Terima kasih pada yang mendoakan kami sekeluarga. #orangbaikramaisayang. Perjalanan di padang Tok Sheikh ini, kami sewa van. Kami ke kemuncak di atas dapat aura yang sangat luar biasa di sini,” tulisnya. Pada 2 April lalu, menerusi hantaran video di Instagram, Hidayah memohon orang ramai yang tahu berkaitan pakar perubatan Islam membantunya kerana mendakwa terkena sihir atau ilmu hitam. Dalam keadaan sugul di video itu, Hidayah turut memaklumkan dia dan anaknya, Hamzah sudah mengalami gangguan ‘sihir’ sejak Allahyarham Abam pergi meghadap illahi. Hidayah berkahwin dengan Abam pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan pergi menghadap illahi di rumahnya di Gombak, Selangor pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version