Tak nampak kelibat ayah, Puteri Sarah sambut hari jadi Syaikhul dalam keadaan sederhana

Anak sulung kepada pasangan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam, 6, menyambut ulang tahun kelahirannya semalam. Meskipun tiada kelibat sang ayah di sisi, dapat dilihat majlis ulang tahun yang diraikan di sebuah hotel terkemuka itu disambut dalam keadaan yang sederhana tetapi penuh bermakna. Menerusi beberapa hantaran dimuat naik Puteri Sarah di Instagram story, dapat dilihat majlis hari jadi Syaikhul itu turut diraikan anak perempuan Puteri Sarah, Sumayyah, 4 serta beberapa rakan yang lain.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul dilihat akan berpanjangan lagi apabila kedua-dua mereka gagal mencapai persetujuan untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 April yang lalu. Walau bagaimanapun, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak akan menghalang suaminya itu untuk beraya bersama anak-anak mereka namun dengan syarat, pengarah filem KL Gangster itu harus datang ke kediaman keluarga mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah di Kuala Lumpur. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version