Shuk Sahar digelar presiden suami tak setia, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari tuan badan

Sebuah portal hiburan memuat naik beberapa foto selebriti lelaki yang terpalit dengan kontroversi rumah tangga akibat perlakuan tak setia. Malah, portal tersebut turut mencipta satu kelab khas yang diberi nama ‘Satu Tak Cukup’ dan memberi jawatan kepada selebriti terbabit iaitu Shuk Sahar (Presiden), Syamsul Yusof (Ahli Lama), Hafidz Roshdi (Ahli Lama) dan terbaharu pempengaruh TikTok, View Chin (Ahli Baru). Tambah, gambar selebriti yang digunakan portal tersebut memaparkan mereka menunjukkan simbol jari telunjuk yang membawa pelbagai maksud. Lebih menarik, Shuk yang digelar sebagai presiden memuat naik semula hantaran tersebut.

Tidak cepat melatah dengan gelaran yang diberikan, Shuk menyatakan bahawa dia kini telah bersara. Maaf saya dah bersara,” tulis Shuk ringkas. alaubagaimanapun, kisah silam Shuk masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet sehingga ada yang menyindirnya untuk mengajar cara untuk berlaku curang.

Untuk makluman, Shuk dan Rossa Sera sah bercerai dengan talak satu pada 22 Mac lalu selepas pulang daripada mengerjakan umrah bersama. Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan mempunyai dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version